Rabu, 11 Mei 2016

Politik Islam




POLITIK DALAM ISLAM

Ditulis untuk memenuhi tugas dalam mata kuliah

Kewiraan
Yang dibimbing oleh :
Al-Ustadz Rudi Chandra L.c M.A





 







    
 PENDAHULUAN

   Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah atau ilmu tata Negara. Pengertian dan konsep politik dalam islam sangatlah berbeda dengan pengertian dan konsep yang di gunaka orang-orang selain islam politik dalam islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukumg dan melaksanakam syari’at Allah melaui sitem kenegaraan dan pemerintahan. Ia bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut islam yang syumul melaui satu intuisi yang mempunyai syahksyiah untuk menerajui dan melaksanakan undang-undang.

 A.      PRINSIP-PRINSIP UTAMA SISTEM POLITIK ISLAM

1)       Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utamaadldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawab tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang keduaadalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yangtelah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yangseterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkarabaru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.

2)       Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengankeadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalampelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politikIslam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalamkehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

3)       Kebebasan
Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.

4)       Persamaan
Persamaan di sini terdiri dari pada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuat kuasa undang-undang.

5)       Hak menghisab pihak pemerintah
Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota dalammasyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah[1]




B. ISLAM DAN FENOMENA POLITIK

            Sampai hari ini belum pernah di tulis sejarah politik islam, belum ada usaha serius untuk mengkaji islam sebagai fenomena politik. Islam pertama adalah agama yaitu ajakan untuk keyakinan tentu mengenai hubungan antara individu dan tuhan. Dari pada itu islam juga merupakan system untuk diterapkan atau peradaban, yaitu sesuatu deret nilai-nilai dan model perilaku yang mesti di hormati dan di manivestasikan oleh individu dalam kehidupan sehari-hari.
            Dengan demikian, islam bukan hanya keyakinan agama tetapi juga merupakan suatu peradaban yang komplet. Peradaban membutuhkan sistem politik dengan pengertian ini islam juga merupakan sistem berciri tersendiri yang mempunyai segi-segi kesuksesan dan kegagalan. Dimensi yang bermacam-macam ini memempatkan islam dalam posisi unik di antara berbagai model peradaban. Dalam hal ini kita tidaklah bersikap defensif atau offensif terhadap islam. Maksud kita memberikan penilaian objektif terhadap pengalaman-pengalaman islam guna menyikapkan segi-segi positiv yang harus di ambil dan segi-segi negativ yang yang harus di buang.
            Kenyataan pemikiran politik dan peradaban yang belum terungkap yang dilalui islam telah berakhir dengan pemantapan sejumlah persepsi. Persepsi-persepsi yang mengandung pencemaran pemikiran kita usahakan menjauhinya. Persepsi-persepsi yang mencemarkan islam antara lain:
1.     Pandangan yang mempertentangkan islam dengan pembaharuan dan modernisasi.
2.     Keyakinan terhadap revolusi islam dewasa sebagai peristiwa insidental  yang tidak berencana.
3.     Keyakinan penuh bahwa dunia modern berdasarkan prinsip pemisahan agama dari negara (sekularisasi), dan kemajuan umat islam tergantung pada prinsip ini.[2]

C. KEMAMPUAN REAL ISLAM
            Menganalisa posisi islam dari sudut kekuatan dunia mengharuskan kita memberikan pembatasan terhadap unsur-unsur kekuatan dan kelemahan fenomena islam. Unsur-unsur kekuatan dalam fenomena islam antara lain:
Ø  Kepadatan penduduk
Ø  Kawasan luas
Ø  Kenyataan internasional
Ø  Simpati dengan gerakan-gerakan islam.

D.MENGAPA TERJADI KELEMAHAN ISLAM
            Kita tidak bermaksud mengemukakan model islam yang kurang efektif, namun terlebih dahulu perlu menyebut unsur-unsur kelemahan sesungguhnya yang telah dan masih menahan kekuatan islam untuk menunaikan peranannya di dunia modern.
1.     Masyarakat islam terbelakang dalam lapangan ekonomi dan sosial.
2.     Kekurangan leadership dalam masyarakat islam.
3.     Tidak adanya pembinaan pemikiran poloitik yang integral, yang dapat menjadi pertanda eksistensi islam.
4.     Tidak adanya organisasi internasional demokratis yang tangguh dan lembaga yang dapat melahirkan kehendak islam.
5.     Masyarakat islam tidak tampil untuk fungsi perjuangan.[3]

 E. TUJUAN POLITIK MENURUT ISLAM
Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam.  Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.  Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat, maka akan tertegaklah  Ad-Dindan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan Ad-Dintersebut. Para fuqahak Islam telah menggariskan 10 perkara penting sebagai tujuankepada sistem politik dan pemerintahan Islam:
1.     Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telahdisepakati oleh ulamak salaf daripada kalangan umat Islam.
2.     Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan masalah dikalangan orang-orang yang berselisih.
3.     Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
4.     Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan demi melindungi hak-hak manusia.
5.     Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar.
6.     Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam.
7.     Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah sebagaimana yang ditetapkan syarak.
8.     Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan dari pada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros atau kikir.
9.     Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara.
1.  Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yangrapi dalam hal-ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi  Ad-Din.



F. SYARAT KEPEMIMPINAN POLITIK DALAM ISLAM
Kepemimpinan politik dalam Islam harus memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh ajaran agama. Penjelasan itu terdapat dalam surat An-Nisa’,(4):58-59. Pada ayat itu disimpulkan bahwa terdapat beberapa syarat kepemimpinan politik dalam Islam antara lain;
1.     Amanah yaitu bertanggung jawab dengan tugas dan kewenangan yang diemban
2.     Adil yaitu mampu menempatkan segala sesuatu secara tepat dan proporsional
3.     Taat kepada Allah dan Rasul
4.     Menjadikan quran dan sunnah sebagai referensi utama.[4]


Kesimpulan 
Bahwa sebenarnya politik dalam Islam sangatlah baik untuk diterapkan dalam sebuah negara.Menurut Islam politik adalah segala sesuatu harus bergantung kepada Al Quran dan As sunnah, serta perintah ketentuan-ketentuan yang  telah ditetapkan oleh Allah swt. Politik Islam tidaklah seperti orang-orang kapitalis yang hanya mementingkan dan menguntungkan pihak tertentu saja. Politik Islam juga tidak seperti politiknya orang- orang komunis yang hanya berpatut kepada sesama saja.Politik dalam Islam adalah keadilan dan toleran yang mana dengan politik berbasis Islam inilah suatu negara akan menjadi tenteram, maju, dan sejahtera.





REFERENSI
·       Rahkmat jalaluddin, Islam sebagai kekuatan internasional. 1987. Rosda Bandung
·       http:// Politik dan islam.blogspot.com
·       http:// catatan anak bangsa.com



[1] http:// catatan anak bangsa.com dikutip pada tanggal 29 November 2015 pada pukul 05:00  
[2] Drs. Jalaluddin Rahmat, M.Sc, islam sebagai kekuatan internasional, hal 13
[3] Drs. Jalaluddin Rahmat M.Sc, islam sebagai kekuatan internasional, hal 36-37
[4] http:// Politik dan Islam.blogspot.com